Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Smart Selangor fokus tujuh aspek, tingkatkan kualiti kehidupan rakyat

SEPANG, 21 OGOS: Gagasan Smart Selangor bakal memberi kesan sekurang-kurangnya dalam lapan aspek kehidupan rakyat di negeri termaju itu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Beliau menjelaskan, aspek itu adalah aduan rakyat lebih berkesan, pengurusan sisa pepejal lebih baik, bekalan air terawat bersih tanpa gangguan, sistem pengangkutan lancar, peluang memiliki rumah kediaman dengan harga berpatutan, kejiranan lebih selamat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lebih baik.

“Selaku kerajaan bertanggungjawab, kita tidak boleh lagi memandang mudah pandangan dan keperluan rakyat di mana sistem penyampaian haruslah dimantapkan agar bukan sahaja kita dapat memenuhi keperluan rakyat pada masa kini, malahan kita juga harus berupaya menjangkakan keperluan mereka pada masa hadapan.

“Berdasarkan pengalaman beberapa bandar utama dunia seperti Barcelona dan Singapura, memastikan penyampaian berkesan kepada keperluan asas rakay merupakan perkara yang harus dititikberatkan,” kata Mohd Amin.

IMG_20160820_140531_583 (1)Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada program Smart Selangor Retreat 2016 yang diadakan Avani Sepang Goldcost Resort di sini, semalam.

Jelasnya, gagasan Smart Selangor ini merupakan cabaran besar dan dijangka mampu mengupaya, melonjakkan dan meneruskan kemampanan sosial dan ekonomi Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya lagi, penggunaan teknologi pintar tidak lagi menjadi suatu pilihan kepada sebuah negeri yang maju seperti Selangor yang terus dilanda proses urbanisasi sebaliknya sudah menjadi satu kemestian.

“Apatah lagi dalam era globalisasi yang berteraskan ‘interconnected networks’, maklumat kini boleh diperolehi dan dikongsi dengan hujung jari sahaja,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:23:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page