Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

29,811 rumah terbekalai diselamatkan sejak 2008

SHAH ALAM, 2 OGOS: Sebanyak 64 projek terbengkalai membabitkan 29,811 unit kediaman berjaya diselamatkan Kerajaan Negeri dari Mac 2008 hingga Jun 2016.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata projek diselesaikan itu adalah masalah ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan hak milik baru untuk projek terbengkalai sehingga kini.

“Bagaimanapun, yang berlaku adalah pindah milik daripada pemilik asal kepada pemaju penyelamat samada dengan persetujuan pemilik tanah asal atau diputuskan mahkamah bagi kes pemaju asal digulungkan,” katanya menjawab pertanyaan Tiew Way Keng (DAP-Teratai), di Sidang Dewan Negeri.

Pada masa sama, Iskandar berkata Kerajaan Negeri melalui cadangan LPHS akan mengenakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin.

Katanya, tindakan rampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun sama.

CP2A8308-800x533“Antara polisi Kerajaan Negeri bagi menjaga kepentingan pembeli rumah projek sakit ini ialah membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan sekurang-kurangnya 85 peratus persetujuan daripada pembeli diperlukan.

“LPHS juga mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan bank menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank,” katanya.

Beliau berkata LPHS juga mengadakan perbincangan dengan pelikuidasi terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek terbengkalai.

“Ia membabitkan perbincangan antara pelidukasi bersama semua jabatan teknikal seperti Pejabat Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan termasuk pihak bank bagi tujuan mempercepatkan pemulihan projek disamping mengenakan syarat minima,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 02:10:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page