Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Bantuan Smart Selangor Food Stamp bermula 17 Jun di 56 DUN

SHAH ALAM, 7 JUN: Jumaat minggu ketiga setiap bulan dipilih sebagai Hari ‘Smart Selangor Food Stamp’ bermula 17 Jun ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Kerajaan Negeri menetapkan bantuan makanan asas diserahkan di kesemua 56 DUN pada hari berkenaan.

Katanya, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setiap DUN bertanggungjawab mengenalpasti dan mendapatkan senarai nama mereka layak selain menetapkan lokasi agihan bantuan.

“Program ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan miskin yang mempunyai anak dan tanggungan ramai agar mereka berkecukupan dan tidak kelaparan.

“Golongan ini semakin terhimpit dengan kegawatan ekonomi hasil implementasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan sejumlah RM3 juta bagi menjayakan ‘Smart Selangor Food Stamp’.

Seramai 5,600 keluarga termiskin di Selangor dijangka menerima manfaat program ini, bersamaan 100 orang bagi setiap DUN di Selangor.

Antara kriteria kelayakan ialah pemohon mestilah lahir atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.

Terbuka kepada semua kaum, pemohon juga perlu berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan dan merupakan pemilih berdaftar di DUN berkenaan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:25:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page