Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar

Bas Percuma Smart Selangor di Hulu Selangor bermula 16 Jun

SHAH ALAM, 6 JUN: Dua bas percuma Smart Selangor dijadual mula beroperasi 16 Jun ini di sekitar Kuala Kubu Bharu, Rasa dan Bukit Sentosa sepanjang 37 kilometer sehala di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Pegawai Komunikasi Korporat MDHS, Junainah Abdullah, berkata Bas Smart Selangor itu membabitkan laluan Kuala Kubu Bharu (KKB) iaitu Taman Teratai, Taman KKB Utama, Taman Ampang Pechah, Taman Tanjak, Desa Bukit Bujang dan Desa Damai.

Banner_MDHS“Manakala Rasa melalui Desa Rening, Kampung Melayu Rasa Tambahan, Taman Keruing, Kampung Chuang dan Kampung Kandaiah.

“Selain itu, laluan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa pula membabitka kediaman Widuri BB18, Kemboja BS8, Anggerik BS7, Seroja BS6, Jejarum BS3 dan lain-lain kawasan kediaman disekitarnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, turut diberi tumpuan laluan perniagaan dan institusi pendidikan, Pusat Bandar KKB, Pekan Rasa serta Pusat Bandar Bukit Sentosa.

Bunting (MPKj) Final VER.2Junainah berkata konsep perjalanan ‘Point to Point’iaitu sebuah bas bermula di Terminal Bukit Sentosa dan berakhir di Terminal Bas KKB manakala sebuah bas bermula dari Terminal Bas KKB dan berakhir di Terminal Bas Bukit Sentosa.

Dua bas dijadual beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi sehingga jam 10 malam dengan kekerapan sejam sekali.

Seperti perkhidmatan bas percuma di daerah lain, bas ini turut dilengkapi perkhidmatan wifi, tempat duduk mesra OKU dan sistem maklumat penumpang.

Program Bas SMART Selangor (dahulu dikenali sebagai Bas Selangorku) dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada 1 Julai 2015 di tiga kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Shah Alam, Subang Jaya dan Klang.

Pada 1 Jan 2016, perkhidmatan Bas SMART Selangor dipanjangkan ke kawasan Ampang Jaya dan Kajang.

Bagi 2015, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM6,013,840.00 bagi pelaksanaan di lima PBT tersebut.

Bagi 2016, perkhidmatan Bas SMART Selangor diperluas di enam PBT iaitu Selayang, Sepang, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Sebanyak RM10 juta diperuntukan bagi 2016 bagi memastikan Program Bas SMART Selangor di kawasan luar bandar termasuk kawasan MDHS dapat dilaksanakan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2016-10-03 01:23:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page