Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Gunakan aplikasi I-Dengue akses maklumat, hantar info

SHAH ALAM, 25 APR: Masyarakat disaran menggunakan aplikasi I-Dengue bagi mendapatkan sebarang akses maklumat berkaitan Aedes dan wabak denggi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pengunaannya diyakini mampu memupuk kesedaran kepada masyarakat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri memerangi wabak itu.

“Aplikasi ini sangat penting kerana masyarakat dapat menerima akses kepada maklumat berkaitan denggi dan mereka tahu di mana kawasan hotspot dan tindakan boleh diambil seperti membuat aduan dan memberikan input kepada pihak kementerian.

idengue1
 

“Tetapi, masyarakat kini belum menerima maklumat tentang aplikasi ini secara menyeluruh. Jadi kita harap aplikasi ini boleh digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan kita bersama,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas membuat tinjauan kawasan hotspot denggi di Rumah Pangsa Seksyen 28 Persiaran Kuala Langat di sini, semalam.

Menyambut baik usaha tersebut, penduduk Aziz Jaafar, 50, berharap masyarakat mendapat manfaat sebaiknya melalui penggunaan aplikasi itu.

“Penggunaan aplikasi ini membolehkan penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa kalau mereka nampak tempat pembiakan Aedes. Ia sangat membantu kita untuk hapuskan Aedes dan denggi,” katanya.

aplikasi
 

Sementara Ahmad Suhaimi Ibrahim, 44, berharap aspek pendidikan dan kebersihan perlu menjadi keutamaan kepada masyarakat dalam usaha memerangi wabak itu.

“Kebersihan juga perlu menjadi keutamaan masyarakat kita kerana masih ada individu membuang sampah sesuka hati.

“Diharap masyarakat boleh berubah dan mengamalkan gaya hidup bersih,” katanya.

Penggunaan aplikasi I-Dengue dimuat naik menerusi telefon pintar di Goole Play dan Play Store.

Antara kemudahan aplikasi itu termasuklah maklumat berkaitan hotspot denggi, kes-kes denggi seluruh negara, panduan menangani denggi dan sistem aduan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-08-18 10:53:01 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print