Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MDKS serbu pusat urut kekang gejala tak sihat

KUALA SELANGOR 19 APR: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menjalankan operasi bersepadu pusat urut bersama agensi lain seperti Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor (PAID) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS) di kawasan Taman Bendahara pada 15 April lalu.

Setiausaha MDKS, Tuan Azahari Sairin, berkata dalam operasi itu, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MDKS menyerbu dua pusat urut yang beroperasi tanpa lesen meskipun notis dan kompaun dikeluarkan sebelum ini.

Katanya, hasil serbuan mendapati, sebuah premis diubah suai tanpa kebenaran MDKS iaitu membina pembahagi bilik di dalam kedai.

DSC_9003 (1)

“Premis pusat urut dilarang membina pembahagi bilik dan hanya penggunaan langsir sahaja dibenarkan seperti diperuntukkan dalam Undang-Undang Kecil 23, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MDKS) 2013”.

“Ia bagi mengelakkan berlakunya aktiviti tidak bermoral,” kata Azahari dalam kenyataan media.

Beliau berkata tindakan memecah bilik itu dilakukan dan antara peralatan disita adalah 11 unit tilam, 11 unit bantal serta empat set minyak urut.

Katanya, saringan ujian HIV turut dilakukan kepada pekerja dan pengunjung premis yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS).

Manakala Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) turut membuat pemeriksaan kepada pengunjung beragama Islam yang disyaki dalam keadaan mencurigakan.

“Pihak Majlis turut memberi peringatan keras kepada setiap pengusaha pusat urut agar mematuhi isyarat dan peraturan terkandung syarat lesen.

“Operasi bersepadu ini dijalankan berterusan dan MDKS berharap masyarakat berkerjasama menyalurkan maklumat jika terdapat aktiviti tidak sihat di kawasan mereka,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-20 09:10:27 daripada Administrator

  •  
  • Print