Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MBSA tawar tangkap tikus RM3 seekor hidup atau mati

SHAH ALAM, 19 APR: Penduduk Shah Alam berpeluang menerima ganjaran RM3 bagi seekor tikus ditangkap sama ada hidup atau mati.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata ia bersempena kempen ‘Satu Tikus Tiga Ringgit’ yang bermula dari 9 April sehingga 29 April ini.

MBSA

Katanya, perangkap tikus disediakan MBSA dan boleh diambil di kaunter disediakan sepanjang kempen berlangsung.

“Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti setempat terhadap kepentingan mengamalkan kebersihan.

“Ia juga merupakan salah satu langkah mewujudkan persekitaran bersih serta memupuk sikap lebih bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat khususnya peniaga,” katanya dalam kenyataan.

Kaunter penyerahan tikus disediakan di tingkat bawah Plaza Sri Muda Seksyen 25 dan dibuka setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang April dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

tikus

Shahrin berkata, peniaga atau penduduk boleh menuntut ganjaran menangkap tikus di kaunter berkenaan.

“Selaras dengan matlamat meningkatkan amalan kebersihan dan mewujudkan persekitaran bersih, kempen ini dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan April, Ogos dan Oktober 2016,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-20 09:08:16 daripada Administrator

  •  
  • Print