Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Sampah haram: Selangor bakal gubal enakmen baru

KLANG, 18 APR: Satu enakmen kebersihan awam akan digubal bagi membolehkan hukuman lebih berat dilaksanakan kepada individu atau pihak terbabit yang membuang sampah secara haram.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan, Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, enakmen terbabit akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) akan datang.

yb ean -web 3

“Kita mahu tindakan lebih tegas diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab. Ketika ini, sampah domestik terkawal dan dilakukan dengan baik, namun ada cabaran dalam isu pembuangan sampah secara haram.

“Jadi, satu enakmen baru akan digubal bagi mengekang masalah ini yang memberi kuasa atau hukuman lebih berat kepada Kerajaan Negeri untuk menghukum pesalah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas lawatan di Pasar Besar, Meru, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hian Wah mahu Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan kertas kerja dalam usaha menaiktaraf pasar terbabit sebagai usaha merealisasikannya sebagai contoh atau ikon kepada seluruh pasar di Selangor.

“Ini kali kedua saya membuat lawatan ke pasar ini. Kali pertama, saya menyelesaikan isu tekanan air rendah iaitu pada tahun lalu. Kali ini, saya menerima aduan dari penjaja pasar berkenaan tahap kebersihan di sini.

“Saya meminta Yang DiPertua MPK menyediakan kertas kerja untuk kita laksanakan pasar besar ini sebagai ikon. Oleh itu, tahap kebersihan perlu ditekankan,” katanya.

Dalam lawatan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) pembangkang dilihat pertama kali hadir bersama Exco bagi melihat permasalahan di pasar terbabit.

Datuk Shamsudin Lias

ADN Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias sebelum ini membangkitkan isu kebersihan di pasar Selangor khususnya pasar terbabit di Sidang DNS hadir bagi melihat bersama permasalahan berbangkit.

Mengulas lanjut, Ean berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat aduan tanpa mengira siapa yang mengutarakan permasalahan rakyat.

“Kita sentiasa terbuka dan menyambut baik kerjasama daripada mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu permasalahan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, beliau turut menyambut baik saranan Exco yang mahu beliau turun bersama melihat permasalahan di pasar berkenaan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-20 09:06:20 daripada Administrator

  •  
  • Print