Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Kitar Semula Peringkat Sekolah, MBSA tawar RM27,700

SHAH ALAM, 15 APR: Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kembali lagi dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM27,700.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata pertandingan yang memasuki tahun ke-10 itu mencipta kelainan dengan mensyaratkan sekolah terlibat menyediakan laman kitar semula.

Katanya, bagi menggalakkan penyertaan, setiap sekolah diberikan insentif berjumlah RM200.

MBSA Kitar Semula

“Sekolah terlibat juga dikehendaki mengumpul barangan boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium dan plastik.

“Sekolah berjaya mengumpul bahan kitar semula terberat akan menerima hadiah disediakan penaja utama, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2016 di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, semalam.

Hadir sama, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Sdn Bhd, Cariessa Goh dan Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin.

F&N Beverages menyumbang wang tunai berjumlah RM26,200 sementara Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd menyumbang RM1,500 untuk Hadiah Anugerah Khas Tetra Pak Tertinggi.

Kitar semula

Pertandingan terbuka kepada tiga kategori iaitu tadika atau pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan pentadbiran MBSA.

Pada 2015, pertandingan ini berjaya mengumpul kutipan barangan kitar semula seberat 118,544 kilogram (KG) berbanding 2014 dengan 80,276KG.

Ia melibatkan penyertaan 5 sekolah tadika, 20 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-20 09:00:42 daripada Administrator

  •  
  • Print