Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Cawangan baru MBPJ tingkat sistem penyampaian

PETALING JAYA, 11 APR: Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memulakan operasinya hari ini bagi meningkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan lebih baik khususnya bagi penduduk Kota Damansara, Damansara Damai dan kawasan sekitarnya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata Pejabat Cawangan Petaling itu beroperasi di bangunan baru bernilai RM17.4 juta yang dibeli MBPJ.

DSC_2300

“Dalam mesyuarat Bajet 2016 lalu, Majlis memutuskan membeli empat unit bangunan berjumlah RM17.4 juta. Pada masa ini kita beroperasi dalam dua blok (unit) dahulu.

“Sekarang kita tengok sambutan penduduk. Kalau sambutan menggalakkan kita menambah pegawai dan anggota pada masa akan datang mengikut keperluan,” kata Azizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara MBPJ yang terletak di Prestij di Kota Damansara New Commercial di sini, hari ini.

Katanya, MBPJ mengambil keputusan membuka cawangan baru selepas mengambil kira lokasi Ibu Pejabat MBPJ yang terletak agak jauh daripada penduduk di kawasan utara serta kesesakan lalu lintas yang menjadi kesulitan kepada penduduk.

DSC_2387

Katanya, MBPJ juga bersedia membuka cawangannya sekiranya terdapat permintaan tinggi dan sambutan menggalakkan oleh penduduk di kawasan lain.

Terdahulu, Azizi menandatangani plak perasmian Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara dan sekaligus memulakan operasinya hari ini.

Antara perkhidmatan disediakan di cawangan pertama di Petaling Jaya itu, kaunter bayaran cukai taksiran, kompaun, lesen dan lain-lain bil, kaunter semakan kompaun, kaunter lesen perniagaan, kaunter tempahan dewan dan gelanggang sukan, kaunter pengurusan aduan dan kaunter ubahsuai kecil bangunan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-14 10:39:57 daripada Administrator

  •  
  • Print