Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

KUIS anjur Seminar Pemerkasaan Bahasa Arab

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menganjurkan Seminar Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab khusus buat mereka yang bukan penutur jati di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Menurut laman rasmi KUIS, ia bertujuan menyediakan latihan profesionalisme keguruan bagi pentadbir, pegawai dan guru Bahasa Arab bagi menambah dan mengukuhkan lagi penguasaan terhadap bahasa itu.

Seminar itu anjuran Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) bersama Pusat Pendidikan ISESCO di Malaysia (ISESCO-KUIS).

isesco-kuis-1

“Ia dianjurkan sebagai satu usaha menjadikan Pusat Pendidikan ISESCO-KUIS khususnya KUIS sebagai pusat rujukan kepakaran dalam Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di rantau Asia Tenggara.

“Selain itu, ia turut memberi ruang perkongsian pengalaman dalam kalangan tenaga pengajar Bahasa Arab berkenaan aspek pengajaran dan pembelajaran,” katanya dalam kenyataan.

Seminar itu turut dihadiri delegasi daripada negara Asean, Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil negeri dari seluruh Malaysia.

Majlis perasmian dirasmikan Rektor KUIS, Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Tamuri, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan Dr. Mohamad Syukri Abdul Rahman dan wakil ISESCO-Pusat, Adel Bouraoui bersama pakar ISESCO pusat, Dr. Ismaili Alawi.

“Adalah menjadi harapan KUIS usaha itu mendapat perhatian daripada segenap aspek sebagai salah satu agenda pemerkasaan akademik khususnya dalam bidang Bahasa Arab dan Pendidikan Islam,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-14 10:33:31 daripada Administrator

  •  
  • Print