Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Hasil pasir RM103 juta sepanjang tujuh tahun

SHAH ALAM, 4 APR: Selangor menerima sejumlah RM103 juta pendapatan hasil industri pasir bagi tempoh 2008 hingga 2015.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kutipan royalti pada 2008 hanya RM7.1 juta setahun, namun meningkat kepada RM24 juta pada 2015.

“Kita juga mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Perak bagi memastikan pengeluaran pasir di negeri ini lebih terkawal dan tidak berlaku pemindahan batuan dari negeri lain secara menyeludup atau aktiviti tak dibenarkan.

CURI PASIR

“Setakat ini, pengeluaran pasir Selangor memenuhi permintaan industri yang rancak di sekeliling,” katanya menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Klang, Saari Sungib berhubung saingan pasir negeri lain.

Terdahulu, ADN Tanjung Sepat, Haslin Hassan turut bertanyakan jumlah syarikat bertanggungjawab mengeluarkan pasir di Selangor.

Mohamed Azmin berkata, terdapat lima syarikat berlesen dan aktif mengeluarkan pasir sementara perlombongan pasir pula dilaksanakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sahaja.

DNS 2016

“Untuk memberikan kelonggaran, pemilik tanah berkeluasan 20 ekar juga dibenarkan memohon terus kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk melombong pasir, apabila dahulu, mereka perlu membuat permohonan kepada KSSB.

“Namun, sehingga kini hanya ada dua permohonan dengan satunya ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

“Manakala, satu lagi bersetuju menyerahkan usaha perlombongan kepada KSSB,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-14 10:26:46 daripada Administrator

  •  
  • Print