Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Caj premium tanah selaras Pekeliling PTGS –

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kadar premium RM4 juta bagi tapak tanah diberi milik kepada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembinaan Balai Bomba di Setia Alam adalah wajar dan tepat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia selaras dengan pekeliling Pejabat Tanah dan Galian (PTGS) Negeri Selangor Bilangan 3/1997 yang diterima pakai Kerajaan Persekutuan.

Katanya, menerusi pekeliling itu, premium dikenakan hanya satu per empat (1/4) daripada harga pasaran walaupun Perkara 83 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan Persekutuan membayar premium dengan nilai pasaran.

mb-jumaat sidang dewan 4

“Kerajaan Persekutuan juga melalui pekeliling Ketua PTGS Persekutuan Bilangan 1/1997 menyatakan pemberian tanah untuk tapak sekolah sahaja dikenakan kadar premium RM1,000 nominal, selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara dalam satu mesyuarat pada 25 April 1997.

“Dia tidak sebut balai bomba atau tujuan lain.

“Jadi kalau Kerajaan Negeri kenakan premium mengikut surat pekeliling daripada Persekutuan dan Negeri, mengapa dituduh Kerajaan Negeri zalim,” katanya dipercayai merujuk kepada perbahasan dibangkitkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan menjunjung titah ucapan perasmian DYMM Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini semalam.

ADN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif kemudian bangkit dan berkata nilai dikenakan itu masih tinggi berbanding kos pembinaan RM3 juta.

“Kalau tidak berlaku bocor, tiris, sumbangan derma pun banyak, takkanlah tak boleh bayar RM4 juta untuk balai bomba,” jawab Mohamed Azmin.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-04-08 08:49:05 daripada Administrator

  •  
  • Print