Maksud Lambang Negeri Selangor
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkung yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
Kemaskini pada 2020-08-18 12:20:25 daripada Administrator