Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Kempen Jom Jimat Air sasar 30 juta liter air dijimatkan

SELAYANG, 27 MAC : Kempen Jom Jimat Air merupakan inisiatif terbaru Kerajaan Negeri dalam membangkitkan kesedaran rakyat untuk menghargai sumber bekalan air seluruh Selangor.

Exco Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, ] berkata keberkesanan program itu mampu menjimatkan pembaziran 30 juta liter air.

catu air

“Kempen yang dijalankan sehingga hujung 2016 ini dapat memberi kesedaran mengenai isu air dan peringatan kepada pengguna supaya mereka menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan pembaziran.

“Air percuma sebanyak 20 m3 yang diberikan Kerajaan Negeri adalah kemudahan seharusnya disyukuri dan tidak dibazirkan dengan sewenang-wenangnya,” katanya pada sidang media pelancaran kempen itu.

Beliau berkata, setiap pengguna isi rumah di Selangor menggunakan air secara purata sebanyak 235 liter per kapita dengan catatan paling tinggi di Malaysia.

Daripada jumlah itu, pengguna domestik di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 2.03 juta.

“Jika jumlah ini didarabkan dengan jumlah pengguna domestik yang melibatkan setiap isi rumah di Selangor sahaja dianggarkan berjumlah 1.7 juta.

“Secara tidak langsung sebanyak 400 juta seliter sehari perlu dibekalkan untuk memenuhi keperluan pengguna setiap hari,” katanya.

Oleh sebab itu katanya, Kerajaan Negeri terus berusaha meningkatkan kapasiti sumber air mentah dan air terawat bagi menampung peningkatan itu.

Katanya lagi, pengguna juga perlu bersama-sama mempunyai kesedaran terhadap isu air bagi menjamin kepentingan dan manfaat tersebut untuk jangka panjang.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-30 11:17:51 daripada Administrator

  •  
  • Print