Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Baling ‘molotov’ dipercayai ada kaitan kes curi pasir

SHAH ALAM 18 MAC: Insiden rumah seorang penolong pegawai daerah Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, dibaling dengan tiga ‘molotov cocktail’ pagi semalam, dipercayai berkaitan kegiatan curi pasir di kawasan itu.

Menurut Pegawai Daerah Hulu Langat Zulkefli Khalid, kejadian menimpa petugasnya dipercayai akibat tidak puas hati dengan tindakan membanteras kegiatan itu, dan mengakui ia adalah antara cabaran yang harus dilalui mereka.

molotovcocktail

“Ini merupakan kali pertama petugas saya mengalami kejadian sebegitu dan mungkin ianya berkaitan tugasan yang beliau lakukannya.

“Saya harap kejadian ini tidak lagi berulang dan mohon pihak berkuasa lebih prihatin menangani perkara sebegitu,” katanya dipetik Bernama.

Sementara itu, mangsa yang enggan dikenali memberitahu ia bukan kali pertama beliau menerima ugutan daripada pihak tidak menyenangi tindakannya membanteras kegiatan curi pasir serta memantau struktur bangunan haram di atas tanah milik kerajaan.

Katanya sejak berkhidmat di Pejabat Daerah Hulu Langat lapan bulan lalu, lebih 10 laporan polis dibuat berhubung ancaman keselamatan dirinya.

“Saya banyak terlibat dengan tugasan penguatkuasaan berhubung kegiatan curi pasir, tapak sampah haram dan melanggar syarat guna tanah malah ketika menjalankan tugas, ada individu bertindak mengugut saya secara lisan di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, saya tidak mengendahkan ugutan itu tetapi sejak pertengahan tahun lalu ugutan yang diterima semakin menjadi-jadi menyebabkan saya nekad membuat laporan polis,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun menyedari kejadian itu semasa keluar daripada rumahnya untuk ke pejabat dan menemui tiga ‘molotov cocktail’ dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dua daripada botol berkenaan pecah menyebabkan terdapat kesan kebakaran di lantai tempat letak kereta di rumah mangsa.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-30 11:11:00 daripada Administrator

  •  
  • Print