Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Bekalan air cukup, paras empangan lebih 70 peratus

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri mengambil beberapa penilaian risiko bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan air.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata ia termasuk menyediakan kolam alternatif di Lembangan Sungai Selangor yang mampu membekalkan sehingga 800 juta liter sehari (JLH) air mentah.

Katanya, sebahagian kolam itu juga terlibat dalam pembinaan projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS).

Zaidy

“Selain itu, projek pembenihan awan juga sentiasa dijalankan bagi menampung keperluan air rakyat negeri ini.

“Ia dilakukan di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagi meningkatkan kuantiti sumber air,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Zaidi berkata, Selangor masih mempunyai bekalan air yang cukup, malah paras air empangan berada di tahap amat positif.

“Berdasarkan rekod, penggunaan air per kapita adalah pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 235 liter sehari.

“Kerajaan Negeri menyeru semua pengguna mengambil pangkah penjimatan bagi memastikan kelangsungan bekalan air,” katanya.

Empangan

Sehingga 15 Mac 2016, kapasiti takungan semua empangan Selangor berada di dalam keadaan baik melebihi paras 70 peratus.

Bagi Empangan Sungai Selangor (86.51 peratus); Empangan Sungai Tinggi (88.21 peratus); Empangan Sungai Semenyih (85.32 peratus); Empangan Sungai Langat (70.16 peratus); Empangan Batu (83.36 peratus); Empangan Klang Gates (80.98 peratus) dan Empangan Tasik Subang (97.51 peratus).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-17 15:13:03 daripada Administrator

  •  
  • Print