Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Hotel De Palma patuh syariah dapat sambutan menggalakkan bukan Islam

SHAH ALAM 7 MAC : Keutuhan konsep patuh syariah diperkenalkan Hotel De Palma berjaya mengubah pandangan skeptikal sesetengah pihak kononnya ia sukar diterima masyarakat bukan Islam khususnya pelancong luar negara.

Pengurus Besar Kumpulan Hotel De Palma, Datuk Mohd Ilyas Zainol Abidin, berkata konsep itu lebih diterima baik pelancong bukan Islam yang menginap di hotel itu berbanding masyarakat tempatan beragama Islam.

DE Palma

“Pelancong asing ini mereka datang ke sesuatu negara mereka nak tengok apa kelainan di tempat itu. Mereka bukan nak tengok kaunter minuman keras.

“Jika dia nak tengok tidak payah pergi ke mana-mana…di negara asal mereka pun ada tetapi mereka nak tengok uniknya ia tiada di tempat itu…itu kelainannya,” katanya dipetik BERNAMA.

Selain Ampang, Hotel De Palma, dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang beroperasi hampir 22 tahun, serta mempunyai dua rangkaian lain iaitu di Shah Alam dan Kuala Selangor.

Mohd Ilyas berkata selepas memutuskan menukar konsep hotel itu daripada konvensional kepada patuh syariah, pihaknya masih menerima jumlah pelancong bukan Islam yang ramai seperti dari China, Korea, Jepun dan negara Barat.

Beliau berkata konsep patuh syariah mulai diterima pengusaha pelancongan secara global atas kesedaran keperluan 1.8 bilion pelancong Islam berbeza dengan pelancong bukan Islam apabila mereka memerlukan hotel menyediakan kemudahan bersolat dan makanan halal.

Beliau berkata hotel yang tidak menyediakan kemudahan asas berkonsep mesra Islam menyukarkan pelancong Islam yang sudah pasti berasa ‘tawar hati’ untuk mengunjungi semula hotel itu pada masa akan datang.

“Akhirnya negara itu tidak dapat terima banyak pelancong Islam. Jika sesuatu tempat beri kemudahan asas ini pada pelancong, jadi lebih mudah untuk mereka kunjungi tempat itu khususnya di Malaysia,” katanya.

Mohd Ilyas yang juga Pengarah Urusan Biztel Sdn Bhd (Biztel) mengalu-alukan lebih banyak hotel berkonsep patuh syariah dibina dan beliau bersedia membantu mana-mana pemilik hotel di Malaysia dan luar negara yang bercadang membina hotel dengan konsep berkenaan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-07 17:09:52 daripada Administrator

  •  
  • Print