Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

RM20 juta selesai tiga projek terbengkalai di Selangor

PETALING JAYA, 6 MAC: Tiga projek terbengkalai akan dipulihkan tahun ini dengan menggunakan peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) bernilai RM20 juta.

Sudah diluluskan pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016, tiga lokasi itu adalah rumah pangsa kos rendah di Bukit Rimau, pembesaran kampung di Taman Desa Mawar dan rumah teres Bandar Baru Serendah, Hulu Selangor.

IMG_20160306_111613

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jumlah itu disifatkannya kecil, namun Kerajaan Negeri tetap akan membantu bagi memastikan pembeli teraniaya memiliki semula rumah mereka secepat mungkin.

“Saya beri jaminan perkara ini tidak lagi akan berlaku di Selangor kerana kita mahu menjamin kesejahteraan rakyat.

“Atas kesedaran ini, Kerajaan Negeri menubuhkan TEPAT yang diketuai Dato’ Iskandar Abdul Samad.

“Jawatankuasa ini memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan masalah dan isu berkaitan serta mengenal pasti kaedah pemulihan sesuai dan memantau projek sehingga siap,” katanya.

Setakat ini, 63 daripada 115 projek terbengkalai diwarisi sejak pentadbiran lama berjaya diselesaikan membabitkan 29,507 unit dan sudah diserahkan kepada pembeli.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menitikberatkan kreadibiliti pemaju sebelum membenarkan sebarang pembangunan hartanah bagi mengelakkan projek terbengkalai berulang.

CP2A4263

“Melalui LPHS, kita melaksanakan peraturan lebih tegas dengan menyemak (latar belakang) bukan kerana kenalan tetapi kreadibiliti, kedudukan kewangan kukuh dan mempunyai trek rekod baik bagi menjamin projek mampu disiapkan dalam tempoh serta jadual ditetapkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau turut meminta pembeli yang terlibat dalam masalah projek terbengkalai lain bersabar supaya Kerajaan Negeri dapat mencari penyelesaian terbaik bagi masalah mereka.

Mohamed Azmin sebelum itu menyerahkan Sijil Layak Menduduki (CFO) dan simbolik kunci kepada Jawatankuasa Bertindak Pemulihan Kondominium Villaria yang terbengkalai hampir 18 tahun.

Hadir sama, Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim, Pengurus Besar Masteron Sdn Bhd, James Lim Seng Ho, Pengarah Urusan Masteron Sdn Bhd, Datuk Choy Wai Ceong dan Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-03-07 17:10:57 daripada Administrator

  •  
  • Print