Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Selangor cemerlang di Pertandingan Menghafaz Al-Quran ke-37

SHAH ALAM 21 FEB: Menghafaz lima juzuk al-Quran sehari merupakan antara resepi kejayaan Fatihah Zulkifli merangkul gelaran johan hafizah bagi kategori satu hingga 30 juzuk pada Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-37 di sini.

Farihah,21, yang kini menuntut di Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor berkata doa ibu bapa juga merupakan faktor kejayaannya.

“Selain itu, saya turut menjaga aspek pemakanan termasuk mengambil makanan sunnah,” katanya dipetik BERNAMA.

PK09_200216_HAFAZAN

Sementara itu, johan hafiz bagi kategori sama dari Selangor, Mohamad Omar Mansu,21, berkata tenang semasa di atas pentas selain mendengar dengan teliti soalan yang diajukan oleh para juri adalah penting untuk memastikan bacaan lancar.

Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil, Kedah yang bercita-cita menjadi pensyarah itu mendedikasi kemenangan kepada ibu bapa selain para ustaz yang pernah mendidiknya membaca al-Quran.

Mohamad Omar dan Farinah masing-masing menerima pakej menunaikan haji, wang tunai RM10,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan selain bakal mewakili Malaysia pada Majlis Menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa yang dijadual Mei depan.

Sementara itu, johan hafiz bagi kategori satu hingga 20 juzuk milik Syazri Muhammad Husni Mohd Shahroni dari Selangor yang juga muncul peserta terbaik, manakala johan hafizah bagi kategori sama diraih wakil Kelantan, Putri Aminah Mohd Hanif.

Kedua-dua mereka membawa pulang pakej umrah, wang tunai RM6,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.

Bagi kategori satu hingga 10 juzuk pula, juara hafiz milik Ahmad Aidil Luqman Nor Ismail, sementara Fakhira Izzah Fahmi muncul johan hafizah. Kedua-dua wakil Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.

Sultan Nazrin berkenan menyampaikan hadiah kepada semua hafiz yang menang, manakala hadiah bagi hafizah disampaikan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37

LELAKI ( 1- 10 JUZ)
1. Selangor
2. Negeri Sembilan
3. Melaka

WANITA ( 1- 10 JUZ)
1. Selangor
2. Terengganu
3. Perak

LELAKI (1 -20 JUZ)
1. Selangor
2. Pahang
3. Kedah

WANITA ( 1 – 20 JUZ)
1. Kelantan
2. Wilayah Persekutuan
3. Pulau Pinang

LELAKI ( 1 – 30 JUZ)
1. Selangor
2. Melaka
3. Pahang

WANITA ( 1-30 JUZ)
1. Wilayah Persekutuan
2. Selangor
3. Melaka

Pada kali ini, Selangor memenangi lima dari enam kategori yang dipertandingkan. Pemenang-pemenang tersebut ialah:

Mohamad Omar bin Mansu
JOHAN Kategori 1-30 Juzuk (Hafiz)
Markah: 96.95%

Syazri Muhammad Husni bin Mohd Sharoni
JOHAN Kategori 1-20 Juzuk (Hafiz)
Markah: 99.18%

Ahmad Aidil Luqman bin Nor Ismail
JOHAN Kategori 1-10 Juzuk (Hafiz)
Markah: 98.34%

Fakhira Izzah binti Fahmi
JOHAN Kategori 1-10 Juzuk (Hafizah)
Markah: 97.49%

Ainul Mardhiah binti Md Pakhrurrazi
NAIB JOHAN Kategori 1-30 Juzuk (Hafizah)
Markah: 96.84%

FOTO: BERNAMA

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-22 09:32:00 daripada Administrator

  •  
  • Print