Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Lebih 20,000 terima manfaat TUNAS sejak 2012

SHAH ALAM, 16 FEB: Lebih 20,000 anak negeri ini menerima manfaat Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sejak diperkenalkan pada 2012.

Pegawai Operasi TUNAS, Abdul Mutalib Islan, berkata kesedaran ibu bapa terutama dalam kalangan golongan muda menyumbang kepada peningkatan pendaftaran dari tahun ke tahun.

Katanya, peningkatan itu juga meliputi ibu bapa di kawasan bandar dan luar bandar.

TUNAS

“TUNAS kini menjadi keperluan dan bukan lagi pilihan buat mereka terutama dalam menghadapi kos sara hidup.

“Skim ini pastinya membantu ibu bapa menyediakan pendidikan awal buat anak-anak secara percuma,” katanya kepada SelangorKini.

Setakat 15 Februari 2016, sebanyak 9,000 permohonan baru berserta 5,000 permohonan semula TUNAS diterima.

Mutalib berkata, proses semakan, penilaian dan kelulusan sedang dilaksanakan sehingga penghujung Mac 2016.

Pada 2015, seramai 8,968 orang menerima bantuan TUNAS di seluruh Selangor.

TUNAS menyediakan bantuan yuran sebanyak RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak.

Ia diberikan dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-22 09:20:21 daripada Administrator

  •  
  • Print