Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Lebih 1,000 hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

GOMBAK, 15 FEB: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira lebih 1,000 tetamu hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina peringkat DUN Gombak Setia dan Parlimen Gombak malam tadi.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu berlangsung meriah dengan dihadiri masyarakat pelbagai kaum kawasan itu.

PC (36 of 49)

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan, berkata keadaan ini membuktikan kesepakatan masyarakat berbilang bangsa di negeri termaju itu.

“Pihak kami menyediakan meja makan untuk seribu orang dengan pada kesemua tempat sudah dipenuhkan sejak awal tadi,” kata Hasbullah ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya di sini, malam tadi.

Pada majlis rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin peringkat negeri dan nasional seperti Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan & Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan ramai lagi.

Para hadirin turut dihiburkan dengan beberapa persembahan kebudayaan masyarakat Cina seperti Tarian Singa, Tarian Naga dan paluan gendang Cina.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 11:05:45 daripada Administrator

  •  
  • Print