Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Pastikan pengecualian fi lesen dinikmati peniaga tempatan

SHAH ALAM, 12 FEB: Penjaja kecil menganggap langkah Kerajaan Selangor mengecualikan bayaran fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani tepat masanya ekoran keadaan ekonomi tidak menentu.

Peniaga pasar malam, Azahari Md Isa, 38, bagaimanapun berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memastikan hanya peniaga rakyat tempatan sahaja mendapat manfaat pengecualian terbabit.

IMG-20160209-WA004

“Terdapat peniaga yang ‘Ali Baba’ lesen perniagaan mereka kepada pendatang asing dengan mereka juga menerima manfaat pengecualian fi lesen sepatutnya untuk rakyat tempatan berniaga,” kata Azahari kepada SelangorKini.

Azahari berkata, sebelum ini beliau terpaksa menyediakan kira-kira RM1,000 setiap tahun bagi bayaran fi lesen perniagaannya termasuk bayaran kerja pembersihan sampah.

zainal kassim

Penjaja kecil, Zainal Kassim, 52, pula berkata, pengecualian diberikan itu dapat membantu golongan peniaga meringankan beban golongan peniaga berhadapanan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Sama dengan langkah mengecualikan cukai taksiran rumah kos rendah, langkah ini satu lagi idea Kerajaan Negeri membantu golongan berpendapatan rendah,” kata Zainal.

Sementara itu, peniaga kecil, Ismail Sulaiman pula mencadangkan kerajaan mengkaji supaya fi lesen untuk penjaja pasar pagi, pasar malam dan pasar tani dimansuhkan.

“Golongan peniaga kecil bukannya dapat untung ribu-ribu. lebih-lebih lagi sekarang kita tahu keadaan ekonomi sekarang memang teruk. Jadi apa yang dibuat Kerajaan Selangor itu memang baik.

“Diharap walaupun ekonomi dah pulih, elok fi lesen ini dimansuhkan terus kerana peniaga kecil seperti kami ini bukannya seperti golongan VIP atau menteri tetapi kais pagi makan pagi,” kata Ismail.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:59:37 daripada Administrator

  •  
  • Print