Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Kesan pengecualian Cukai Taksiran mula dirasai rakyat

PETALING JAYA, 10 FEB: Pengecualian bayaran Cukai Taksiran bagi tahun 2016 kepada pemilik rumah kos rendah oleh Kerajaan Negeri ternyata memberi kelegaan kepada golongan terbabit dalam membantu meringankan kos sara hidup.

Peniaga kecil, Zainal Kassim, 52, yang memiliki rumah di Pangsapuri Harmoni, Damansara Damai, berkata penjimatan sebanyak RM140 digunakannya untuk menampung perbelanjaan lain.

zainal kassim

“Mungkin bagi sesetengah orang, RM140 itu kecil tetapi orang seperti kami yang berpendapatan tidaklah besar ini sangat bermakna, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik sekarang ini,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, kakitangan awam, Azahari Md Isa, 38, yang turut menyambut baik langkah itu mencadangkan supaya Kerajaan Negeri sedia menimbangkan agar golongan terbabit diberikan potongan 50 peratus bagi Cukai Taksiran pada tahun berikutnya.

IMG-20160209-WA004

“Pengecualian Cukai Taksiran memang baik kerana rata-rata pemilik rumah kos rendah bukanlah golongan berpendapatan tinggi. Langkah ini dapat membantu kami meringankan kos sara hidup.

“Saya harap Kerajaan Negeri boleh mengkaji keperluan tawaran potongan 50 peratus untuk tahun berikutnya kerana cara ini dapat menggalakkan pemilik membayar Cukai Taksiran,” kata Azahari yang turut memiliki unit kediaman di Pangsapuri Harmoni.

Ekesekutif Jualan syarikat swasta, Che Hasmah Ahmad, 37 pula menyarankan Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan memberi pengecualian Cukai Taksiran kepada rumah kos sederhana rendah yang bernilai kurang RM100,000.

che hasmah

“Pengecualian ini sudah tentu menggembirakan rakyat di bawah kategori ini kerana kebanyakkan mereka juga bukan golongan berada.

“Lebih-lebih lagi unit yang tidak berpenghuni atau tidak mempunyai penyewa dan juga unit-unit lelong kerana pemilik tidak medapat sebarang pulangan. Unit-unit kosong ini boleh dibuktikan dengan mengemukakan bil air dan elektrik,” kata Che Hasmah.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2016 mengumumkan pengecualian Cukai Taksiran kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah kampung.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-15 10:53:24 daripada Administrator

  •  
  • Print