Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Usaha dan komitmen penjawat awam diberi penghargaan

SUBANG JAYA, 28 JAN: Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali memuji usaha dan komitmen penjawat awam apabila negeri itu mencatat belanjawan surplus pada 2015 lalu.

Katanya buat kali pertama pengurusan ekonomi dan kewangan negeri berjaya menurunkan belanja pengurusan dan pada masa sama meningkatkan belanja pembangunan sehingga 50 peratus.

mlm belanjawan 1

“Setelah akaun ditutup kita berjaya mencatatkan hasil sebanyak RM2.53 bilion.

“Saya menyampaikan rasa penghargaan kepada pasukan perkhidmatan awam khususnya perbendaharaan UPEN yang bertungkus lumus membantu merangka menjayakan agenda dasar dan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Apresiasi Belanjawan dan Hasil Selangor di sini, malam tadi.

Katanya, kejayaan itu sukar dicapai jika tiada kesungguhan daripada pegawai daerah, yang dipertua majlis perbendaharan dan ketua jabatan kerana berbelanja secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Kita juga tidak mungkin berjaya mencapai angka meyakinkan kalau kepimpinan di peringkat negeri mahupun daerah jika tidak berpegang kepada kebertanggungjawaban, ketelusan dan komitmen.

“Hasil daripada kerja kuat bersama yang terus berpegang kepada prinsip ini dan kita diberikan kejayaan ini,” katanya.

Dalam majlis yang sama Mohamed Azmin turut menyampaikan anugerah khas antaranya kepada Penolong Pegawai Daerah Unit Hasil Pejabat Daerah Tanah dan Gombak, Norazilawati Md Azizi kerana berjaya membantu meningkatkan hasil negeri dan mengurangkan tunggakan hasil cukai.

Anugerah lain turut disampaikan sijil penghargaan penyumbang pasca banjir kepada Perbadanan Korporat Selangor di Kelantan yang berjumlah RM4.3 juta.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-02-01 16:43:06 daripada Administrator

  •  
  • Print