Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Wifi Selangorku di 2,200 kawasan lagi akhir Disember

PETALING JAYA: Sebanyak 1,735 lokasi hotspot siap dipasang Wifi Selangorku membabitkan seluruh Selangor, sehingga 15 Disember lalu.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata baki 2,200 kawasan hotspot bakal siap dipasang selewatnya akhir bulan ini.

Katanya, ia bagi melestarikan masyarakat berinfomasi, maka perkhidmatan Wifi Selangorku memberi kemudahan akses kepada pengguna dengan perkembangan isu semasa.

IMG_2661

“Lokasi hotspot yang dipilih adalah kawasan tumpuan awam berdasarkan sasaran kita kepada empat golongan iaitu belia dan pelajar, berpendapatan rendah, mereka yang tinggal di luar bandar dan lokasi tumpuan pelancong .

“Semua wifi hotspot yang dipasang menggunakan teknologi Fiber Optic dengan kelajuan minima 30 mbps iaitu ‘High Speed Broadband’,” katanya ketika pelancaran Wifi Selangorku di Pangsapuri Damai, PJ Selaran 8/9, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain dengan tiga hotspot siap dipasang di tiga blok Pangsapuri Damai.

“Kita berharap dengan adanya perkhidmatan wifi percuma ini memberi manfaat kepada rakyat melayari dan mengakses informasi yang lebih tepat berkenaan Kerajaan Selangor.

“Selain itu, kita juga berharap perkhidmatan ini dapat membuat lonjakan ke arah ‘Digital Government’ seterusnya menjadikan Selangor ‘Smart State’ menjelang 2020,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-22 15:04:43 daripada Administrator

  •  
  • Print