Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Misi 33 Selangor tercapai

SHAH ALAM, 12 DIS: Dua jaringan Ahmad Hazwan Bakri sudah cukup merealisasikan impian Selangor menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33 selepas menewaskan Kedah 2-0.

Jaringan setiap babak yang dihasilkan Ahmad Hazwan menerusi gandingan mantap bersama Guilherme De Paula memerangkap pertahanan Kedah dalam perlawanan akhir yang berlangsung dalam suasana hujan renyai di Stadium Shah Alam, di sini, sebentar tadi.

Selangor mendahului seawal minit ke-3 selepas Ahmad Hazwan berjaya memanfaatkan peluang hasil satu serangan balas pantas yang memerangkap pertahanan Kedah sekali gus menewaskan penjaga gol, Firdaus Muhamad.

4

Jaringan awal itu menggamatkan suasana stadium yang dihadiri lebih 75,000 penonton kedua-dua pasukan.

Kedah cuba bangkit menerusi beberapa percubaan namun kekebalan benteng pertahanan Selangor didorong faktor padang yang licin menyukarkan pergerakan mereka mengatur serangan.

Bersambung babak kedua, Selangor sekali lagi mendahului perlawanan selepas Ahmad Hazwan melakukan rembatan deras kaki kiri hasil umpanan De Paula pada minit ke-48 bagi membolehkan mereka mendahului 2-0.

Kedah lebih tertekan di minit akhir perlawanan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas penjaga gol mereka, Firdaus Muhamad dilayangkan kad merah selepas menampan bola di luar kotak penalti pada minit ke-83.

5

Tiada tambahan jaringan disaksikan dan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat dalam perlawanan yang dicemari dengan layangan tiga kad kuning.

Lebih manis, Ahmad Hazwan turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu.

Dengan kemenangan itu, Selangor melunaskan dendam tewas 2-3 kepada Kedah pada final 2008 serta merealisasikan Misi 33 selepas kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 2005 menewaskan Perlis dengan jaringan 3-0.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-15 10:10:55 daripada Administrator

  •  
  • Print