Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MBPJ belanja RM105,000 biaya program ceriakan bangunan

PETALING JAYA, 9 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat umum bagi menjayakan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya mampan dan berdayahuni menjelang 2030.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar, berkata antara langkah yang diambil dengan memperuntukkan RM105,000 bagi mengadakan Anugerah Bangunan Ceria untuk dimanfaatkan penduduk di bandar raya itu.

johary

“Program ini mula dianjurkan sejak 2007 bagi meningkatkan kualiti alam persekitaran yang menjadi salah satu ciri ke arah bandar berdayahuni. Sepanjang tujuh tahun program ini diadakan, beberapa kategori dipilih antaranya rumah kediaman, bangunan komersial, bangunan kerajaan dan institusi peringkat sekolah menengah juga rendah.

“Tahun ini, kategori institusi pengajian tinggi di Petaling Jaya pula menjadi pilihan dengan 23 dikenalpasti dan hanya lapan terpilih.

“Pemilihan ini berdasarkan komitmen institusi itu menceriakan bangunan dalam persekitaran alam bina di Petaling Jaya,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Bangunan Ceria di Dewan Sivik MBPJ, di sini, pada 8 Disember lalu.

Johary juga berharap sumbangan yang diberikan itu dapat digunakan untuk menaiktaraf lagi kemudahan asas dan persekitaran bangunan yang lebih selesa serta menceriakan.

ceria iskandar selayang 02

Katanya, MBPJ turut melaksanakan pelbagai program yang dapat memberi tambah nilai kepada penduduk seperti pembasmian kemiskinan bandar dan kursus kemahiran hidup untuk golongan wanita serta belia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) selain anugerah bangunan ceria.

Program lain yang diadakan adalah kad rawatan percuma kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU), bank makanan, perkhidmatan bas percuma, van transit OKU percuma, klinik bergerak dan pasukan keselamatan kejiranan Petaling Jaya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-12-15 10:03:24 daripada Administrator

  •  
  • Print