Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MBPJ, Bandung garis lima kerjasama MoU

PETALING JAYA, 28 NOV: Kerjasama antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan Bandung, Indonesia diperkukuhkan lagi apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani semalam.

MoU itu menggariskan empat kerjasama meliputi pelbagai aspek yang ditandatangani Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain dan Walikota Bandung, Mochamad Ridwan Kamil.

Mohd Azizi berkata, MoU melibatkan aspek pendidikan, ekonomi, pembangunan, pelancongan dan kebudayaan itu membolehkan MBPJ mencontohi Bandung sebagai finalis Inovasi Smart City Organisation Awards 2015 di Barcelona.

MOU PJ - BANDUNG

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bandung kerana berjaya menjadi finalis untuk Inovasi Smart City Organisation Awards 2015 dan akan bersaing dengan Moscow, Dubai, Buenos Aires, Curitiba dan Peterborough.

“Saya harap semua Ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan MBPJ serta masyarakat dapat mengambil peluang mempelajari amalam terbaik yang diamalkan di Bandung,” katanya pada Majlis Menandatangani MoU MBPJ dengan Bandung di The Club @ Bukit Utama, di sini.

Katanya, selain Bandung, MBPJ turut menjalin kerjasama dengan tiga bandar raya lain iaitu, Asan di Korea, Guangzhou di China dan Saitama di Jepun.

Hadir sama, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.

Sementara itu, Mochamad Ridwan pada majlis sama berharap MoU itu dapat diterjemahkan dengan gerak kerja yang memanfaatkan kedua belah pihak.

Walikota Bandung Mochamad Ridwan

“Saya lihat Petaling Jaya membangun dengan baik sekali, sebab itu saya yakin MoU ini tidak sekadar majlis sahaja tetapi sesuatu yang benar supaya masing-masing dapat belajar sesuatu,” katanya.

Terdahulu, dalam rangka lawatan kerja delegasi Bandung ke Petaling Jaya, Mochamad Ridwan turut diberi penghormatan menanam Monumen Bandung dan pokok hiasan sebagai simbolik persahabatan bandar raya itu di perkarangan Ibu Pejabat MBPJ.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-30 12:08:25 daripada Administrator

  •  
  • Print