Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

KUIS dapat perhatian antarabangsa

BANGI, 18 NOV: Penyertaaan peserta luar negara dalam persidangan anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menunjukkan kolej terbabit semakin diberi perhatian di peringkat antarabangsa.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkembangan terbabit adalah baik bagi KUIS sebagai persediaan menjadi universiti penuh pada tahun hadapan.

“Pembabitan peserta luar negara serta pensyarah daripada institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) membuktikan usaha KUIS mandapat perhatian pelbagai pihak.

nik nazmi

“Ia memberi kesan baik kerana kajian dibuat dan dikongsi dapat dimantapkan lagi,” katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Muamalah anjuran Fakulti Pemgurusan dan Muamalah KUIS, di sini, semalam.

Persidangan dua hari bertemakan ‘Empowering Management and Muamalah Through Knowledge Creation and Sharing’ menarik penyertaan 150 peserta termasuk Algeria, Iran, Mesir dan Nigeria.

Beliau berkata, isu ekonomi menyentuh soal pengurusan dan tatakelola dibincangkan dalam persidangan itu adalah perkara penting juga relevan masa kini.

KUIS2

Katanya, isu berkenaan sering menjadi pilihan dan dibentangkan untuk dibincangkan pihak berkenaan baik di dalam atau antarabangsa.

“Jika kita kembali kepada ajaran Islam, ia menekankan sewajarnya supaya melihat nilai Islam dalam perkara ini.

“Dalam kemerosotan ekonomi di peringkat global kini, Malaysia sebagai negara pengeluar komoditi akan terkesan dengan isu sebegini,” katanya.

Seminar terbabit membincangkan peranan yang harus dimainkan usahawan masa kini dan dilihat sebagai faktor penentu dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah bangsa serta negara.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-20 08:33:20 daripada Administrator

  •  
  • Print