Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: Selangor terima RM58 juta dividen GLC anak syarikat

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri menerima RM58 juta dividen daripada anak syarikat (GLC) walaupun pembayaran itu tidak diwajibkan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (KEADILAN- Bukit Antarabangsa), berkata dividen itu diterima daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) RM14.22 juta bermula 2004 hingga 2010, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) RM 44.5 juta (2009-2013), dan MSNS Holdings Sdn Bhd berjumlah RM83,000.

MB Azmin DNS

Katanya, semua pembayaran dibuat ke atas Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

“Merujuk kepada perenggan lima Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 1993, semua Kerajaan Negeri diminta mematuhi pekeliling selaras dengan persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 10 Jun 1993.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri diberi pilihan sama ada untuk guna pakai atau tidak pekeliling itu dan Selangor putuskan untuk tidak mengguna pakainya,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ng Sze Han (DAP-Kinrara) berhubung dasar dan garis panduan mengenai bayaran dividen GLC kepada Kerajaan Negeri.

Mohamed Azmin berkata keputusan tidak mengguna pakai pekeliling berkenaan ekoran terdapat GLC tidak berkemampuan membayar dividen.

“Maka kita membuat keputusan untuk rasionalisasi dan konsolidasi GLC supaya dapat mencipta nilai untuk memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri.

“Garis panduan yang diputuskan untuk pelaksanaan pendekatan ini semestinya ketat dan telus supaya perjalanan dan pengurusan lebih bertanggungjawab kerana ia milik rakyat,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Yeo Bee Yin (DAP Damansara).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-16 08:51:41 daripada Administrator

  •  
  • Print