Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Tingkat kitar semula, elak belanja besar urus sampah

PETALING JAYA, 1 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membelanjakan kira-kira RM62 juta bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan seliaannya tahun ini.

Jumlah terbabit adalah 20.7 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil pendapatannya dengan anggaran kutipan sampah menjangkau 217,000 tan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pihaknya meningkatkan kos itu berikutan jumlah kutipan sampah bertambah hampir 50 peratus bebanding sebelumnya.

Mohd azizi mbpj

“Secara purata setiap tahun sebanyak 144,000 tan sampah dikutip dan RM44 juta dibelanjakan MBPJ antara 2011 hingga 2014.

“Peningkatan pada tahun in berlaku dengan mengambil kira 677,000 penduduk di bandar raya ini yang mana MBPJ terpaksa membelanjakan sejumlah RM91.60 per kapita per tahun bagi perbelanjaan pengurusan sisa pepejal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Hari Terbuka Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (JPSPPA) sempena sambutan Ulangtahun Pertama JPSPPA di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Azizi berkata, jumlah terbabit boleh dikurangkan sekiranya kadar kitar semula lima peratus pada masa kini boleh dinaikkan kepada 22 peratus menjelang 2020 seperti disasarkan negara.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Kg. Johan Setia (3)

Jelasnya, jika ianya dicapai, sebanyak 37,000 tan sampah dapat digunakan semula sebagai sumber bahan mentah ke dalam tapak pelupusan sampah.

“Pasa masa sama, sebanyak RM1.11 juta untuk pembayaran fi pelupusan dapat dijimatkan begitu juga dengan impak sampah ke atas pelepasan karbon dioksida dan seterusnya kepanasan iklim dapat dikurangkan.

“Fokus belanjawan majlis pada tahun depan akan turut memberikan perhatian kepada 3R efektif dalam pengurusan sisa pepejal,” katanya.


http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-05 15:45:56 daripada Administrator

  •  
  • Print