Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Rujuk LZS isu bantuan perubatan

SHAH ALAM, 3SEP: Keluarga asnaf, Rohaizat Asyikin Ismail yang tidak mampu menanggung perubatan anaknya diminta merujuk kepada cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhampiran.

LZS dalam satu kenyataan, berkata ia bagi membolehkan pihaknya menyiasat kos rawatan perubatan diperlukan Mohd Haris Asraf, 2, yang menghidap masalah usus.

“LZS sudah menghulurkan bantuan perubatan kepada adik Haris sejak tahun 2014 berjumlah RM450 sebulan. LZS amat prihatin dengan masalah yang dihadapi keluarga Rohaizat, justeru menyarankan dia ke cawangan berhampiran dan mengemukakan kos rawatan perubatan terkini,” katanya.

rohaizat lzs

LZS juga sedang dalam proses menguruskan bantuan pembelian rumah kos rendah untuk keluarga itu berhubung masalah sewa rumah yang tidak mampu dijelaskan.

Katanya, keluarga itu sudah mendapat perhatian LZS sejak 2013 dan menerima pelbagai bantuan zakat.

“Antara zakat yang diterima termasuk bantuan kewangan bulananRM500, bantuan makanan bulanan, bantuan hari raya dan pendidikan,” katanya.

Pada 1 September lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan Rohaizat, 39, mengakui tidak mampu menyediakan kelengkapan perubatan anaknya kerana gaji diterima hanya RM1,400 sebulan, di samping menanggung tiga lagi anak yang bersekolah.

Anak keempatnya itu terpaksa bergantung kepada beg najis sejak lahir selepas saraf usus gagal berfungsi.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-09-07 08:48:48 daripada Administrator

  •  
  • Print