Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Masjid Alauddin Jugra diisytihar Warisan Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Masjid Alauddin di Jugra, Kuala Langat antara 112 butiran yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2015 oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) hari ini.

Pengiktirafan tertinggi negara itu diberikan memandangkan masjid tersebut mempunyai peranan sangat penting dalam pensejarahan dan nilai tinggi kepada warisan negara.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia adalah usaha kementeriannya melalui JWN untuk memberi kesedaran kepada masyrakat dalam usaha melindungi agar keberadaan warisan negara terpelihara.

warisan 3“Usaha sebegini dapat melindungi dan memulihara bangunan warisan disamping menjadi tarikan pelancong datang dan menghayati keunikan laskap beridentitikan karakter warisan setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, di sini hari ini.

Plak dan sijil pengisytiharan Masjid Alaiddin sebagai Warisan Kebangsaan 2015 diterima sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang turut dihadiri Pesuruhjaya Warisan JWN, Dr Zainah Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Selain Masjid Alaiddin, Pengiat seni origami dari Masyarakat Orang Asal Mah Meri dari Pulau Carey, Maznah Anak Unyan turut mewakili Selangor untuk menerima Warisan Kebangsaan sebagai Tokoh Orang Hidup.

Pengisytiharan tahun ini membabitkan 9 tapak, 98 objek ketara dan tidak ketara serta 5 Tokoh Orang Hidup sebagai Warisan Kebangsaan 2015.

Kesemua pemilik butiran menerima plak, sijil dan senarai ‘do and dont’s sebagai garis panduan dalam mengekal dan memelihara butiran tersebut.

Sementara, lima Tokoh Orang Hidup masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, sijil penghargaan selain menikmati keistimewaan perubatan kelas pertama di hospital Kerajaan.

Sejak penubuhan JWN pada 2006, sebanyak 496 butiran diangkat sebagai Warisan Kebangsaan sehingga kini.

Mengikut Seksyen 68 Akta Warisan Kebangsaan 2005, sesiapa sahaja boleh mencalonkan butiran dan orang ramai boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang pencalonan di laman web Jabatan Warisan Negara di alamat www.heritage.gov.my

“Pewartaan mana-mana tapak, bangunan, objek serta apa-apa butiran bukanlah mengambil milikan tapak dan bangunan tersebut oleh Kerajaan sebaliknya akan terus kekal didalam pemilikan pemunya.

“Malah bangunan diwartakan itu masih boleh dipindah milik atau dijual kepada pihak lain tanpa menjejaskan nilai komersialnya,” kata Nazri.

Beliau juga menyeru semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengorak langkah mengenalpasti zon warisan di PBT masing-masing untuk menghasilkan satu lanskap warisan perbandaran yang seimbang dan harmonis dengan pembangunan yang dirancangkan.

“Ciri yang perlu ada bagi pencalonan warisan adalah ia mempunyai kepentingan sejarah, hubungan sejarah dan sosial atau kebudayaan masyarakat Malaysia, rekabentuk istimewa.

“Contohnya Menara berkembar KLCC juga boleh diangkat sebagai butiran warisan yang membawa maksud tidak semestinya sesuatu yang lama dan sangat tua sebagai faktor utama penentuan warisan seperti mana umum fahami,” katanya.

Pada majlis sama, Nazri turut menandatangani watikah senarai dan perletakan plak Warisan Kebangsaan di Muzium Negara.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-08-12 14:59:42 daripada Administrator

  •  
  • Print