Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

3,500 jemaah Selangor bakal tunai haji

SHAH ALAM, 2 OGOS: Seramai 3,429 orang bakal haji dari seluruh daerah Selangor menghadiri Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kursus itu merupakan program terakhir kendalian Tabung Haji dalam usaha memberikan maklumat terkini dan persiapan berkaitan ibadah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail berkata, melalui kursus para jemaah diberikan kesempatan mengukuhkan kefahaman berhubung pelaksanaan ibadah haji melalui latihan amali yang akan diadakan.

Jemaah Haji“Diharap bakal haji mengambil peluang sepanjang kursus dengan melakukan semua aktiviti dibawah bimbingan para Pengkursus Haji.

“Tabung Haji sudah melaksanakan beberapa kursus lain seperti Kursus Asas, Kursus Intensif dan kursus khas bagi warga emas dan bakal haji yang terpilih di saat akhir,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jemaah supaya membuat persediaan daripada segi fizikal dan mental selain berharap mereka bersabar menempuh sebarang kesulitan memandangkan projek pembesaran Masjidil Haram sedang dilakukan Kerajaan Arab Saudi.

Majlis Penyempurnaan Penutupan Kursus Perdana Haji, Musim Haji 1436H peringkat Negeri Selangor disempurnakan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah selaku wakil DYMM Sultan Selangor.

Seramai 3,500 orang daripada Negeri Selangor bakal mengerjakan haji untuk tahun ini.

Penerbangan pertama jemaah haji dijangka berlepas pada 16 Ogos ini.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
 



Kemaskini pada 2015-08-12 14:49:06 daripada Administrator

  •  
  • Print