Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Tiga pelajar UNISEL berlepas ke Hong Kong

SHAH ALAM, 29 JUL: Universiti Selangor (UNISEL) komited memperkasa potensi pelajarnya melalui pelbagai program pendidikan termasuk di luar negara.

Naib Canselornya , Prof Dr Anuar Ahmad, berkata usaha itu diambil bagi melahirkan modal insan berkualiti, di samping membantu meningkatkan kedudukan sistem pendidikan negara yang kini berada di tangga tercorot.

“Ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara, bermula dari pra-sekolah hingga ke universiti

anuar UNISEL pc 01“Ranking pendidikan kita bukannya baik sangat, bahkan berada di kedudukan 52 daripada 65 negara serta menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Wakil Pelajar UNISEL menyertai 6th University Sholars Leadership Symposium 2015 yang bakal diadakan Hong Kong Polytechnic University.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang juga ketua delegasi simposium itu.

Tiga wakil pelajar yang terpilih adalah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP), Mohamad Alif Zaki Ali; Naib YDP MPP, Mohamad Faiz Madon dan Setiausaha Agung MPP, Nur Izaati Haziqah Alias.

Semua mereka mendapat tajaan RM10,000 dari Kerajaan Selangor dan UNISEL RM4,000.

group 3UNISEL adalah antara 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) tanah air yang akan menyertai simposium yang akan memberi fokus dan mengupas isu globalisasi, kemanusiaan, ketelusan kerajaan serta alam sekitar, bermula 1 hingga 7 Ogos ini.

Sementara itu, Shaharuddin berkata, penyertaan pelajar ke acara itu selaras dengan hasrat Kerajaan Selangor yang ingin mendedahkan golongan itu dengan dunia yang lebih luas.

“Hong Kong Polytechnic University antara 10 universiti terbaik di Asia. Kesempatan berada di sana membolehkan pelajar menimba pengalaman dan ilmu berguna untuk dikongsi dan memberi manfaat kepada UNISEL serta rakan mereka yang lain.

“Program seumpama ini mampu membawa kita keluar dari kepompong sistem pendidikan sedia ada dengan melihat sistem lebih baik dari negara luar,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-30 11:06:59 daripada Administrator

  •  
  • Print