DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

2 jam padam api belukar

Bukit Beruntung: Bomba mengambil masa hampir dua jam untuk memadamkan kebakaran membabitkan lebih 0.8 hektar belukar berdekatan taman perumahan di Jalan Adenium 2B, kelmarin.

Kejadian jam 7.30 malam itu dipercayai berpunca daripada pembakaran secara terbuka dan cuaca panas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Rosdi Shafie berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam.

 

“Sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

“Namun keadaan berjaya dikawal dan tempoh hampir dua jam diperlukan untuk memadamkan api kerana angin kencang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Katanya, cuaca panas dan berangin mengundang lebih banyak kebakaran di kawasan belukar selain daripada pembakaran terbuka.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membakar sampah sesuka hati kerana dikhuatiri mengakibatkan kebakaran lebih besar,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 4:00 AM

Kemaskini pada 2017-02-15 08:39:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page