DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Jalan kotor dipenuhi tanah merah

Jalan kotor dipenuhi tanah merah
Jalan awam di Hulu Yam Lama kotor dipenuhi tanah merah dan menyukarkan pengguna.

 

 

HULU YAM - Sebuah laluan di Hulu Yam Lama menjadi sukar dilalui dan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna berikutan kesan daripada kerja-kerja sebuah kilang.

 

 

Sehubungan itu, kilang berkenaan didesak bertanggungjawab ke atas kerosakan yang berlaku termasuk keadaan jalan yang dipenuhi tanah merah.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, kilang berkenaan telah mengalirkan air tanah ke longkang berhampiran hingga menyebabkan longkang tersumbat dengan tanah merah.

“Saya mendapat aduan mengenai kerosakan longkang dan jalan yang berpunca dari kilang berkenaan melalui penduduk dan berasa bertanggungjawab untuk memeriksa sendiri keadaan di jalan itu.

“Saya dapati longkang di sebelah kilang berkenaan tersumbat, air tanah merah naik hingga ke jalan utama sehingga menyebabkan jalan sukar dilalui.

“Lebih menjadi masalah kerana jalan itu sering dilalui pelanggan yang datang ke ladang lembu tenusu bagi mendapatkan susu segar. Selain itu, ada sebuah tokong beroperasi di situ menyebabkan kesukaran untuk melalui jalan tersebut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah membawa perkara tersebut kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bagi menyiasat kedudukan sebenar kilang tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kilang tersebut tidak mempunyai lesen dan tidak pernah memohon kebenaran merancang.  Selain ladang lembu tenusu, jalan itu juga dilalui oleh pekebun. Ia memang sukar dilalui kerana penuh dengan tanah merah.

“Bila hujan, keadaan bertambah buruk kerana air tidak dapat dialirkan dengan betul akibat longkang tersumbat dan jalan bertambah licin akibat kehadiran tanah merah,” katanya.

Tambahnya, keadaan tersebut mengakibatkan pemilik ladang lembu tenusu mengalami kerugian kerana pelanggan enggan berdepan kesukaran melalui jalan terlibat.

“Pemilik ladang rasa tidak puas hati kerana terpaksa menanggung kerugian selepas kehilangan pelanggan. Macam mana pelanggan nak datang beli susu kerana susah... jalan dipenuhi tanah merah, ia kotor.

“Ini jalan awam dan ia sepatutnya tidak diganggu...jalan ini perlu dibersihkan dan longkang tersumbat harus dibaiki semula supaya pengguna berasa selesa," katanya kepada Sinar Harian.


Kemaskini pada 2016-10-07 10:23:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page