DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Tujuh tahun tunggu rumah baharu

Tujuh tahun tunggu rumah baharu

Dona bersama isterinya, Saripah Kasim, 30, di hadapan rumah mereka yang serba daif.

HULU YAM - Masyarakat Orang Asli mualaf di Kampung Orang Asli Gurney kecewa selepas permohonan mereka membina rumah dipinggirkan dan tidak mendapat respons sepatutnya daripada pihak bertanggungjawab.

Zaki Mohd Rafi, 32, berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat permohonan untuk membina rumah dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) tetapi hingga kini tidak mendapat sebarang respons.

“Kenapa nak nafikan hak kami. LZS janji nak buat rumah untuk golongan mualaf tujuh tahun lalu. Siap minta kami sediakan tapak rumah. Bila tapak dah ada, mereka senyap.

“Jenguk ke sini pun tak ada. Nak buat tapak ni pun saya keluarkan modal sendiri nak ratakan tapak hingga RM1,200.

“Bila kami pergi ke cawangan LZS di Kuala Kubu Bharu, setiap kali itu juga perlu isi borang baru dengan alasan pegawai atasan sudah bertukar jadi perlu is borang baru untuk buka kes,” katanya.

Menurutnya, pihak LZS ada menjanjikan proses permohonan akan mengambil masa paling lewat tiga tahun tetapi permohonan sudah dibuat sejak tujuh tahun lalu tanpa sebarang khabar berita.

“Saya sendiri cari rezeki masuk hutan, cari hasil hutan. Kalau ada musim petai, berduitlah saya, kalau sekarang ni musim petai tak ada, memancing sajalah nak cari duit. Tu pun selalunya hasil pancing buat makan sendiri saja. Kami ni bukan orang senang yang saja-saja nak mohon bantuan rumah.

“Ada 15 keluarga mualaf di sini dan semuanya tak pernah dapat pembelaan daripada pihak bertanggungjawab. Kecewanya hanya ALLAH SWT saja yang tahu,” katanya.

Bagi Dona Hakimi Abdullah, 41, dia mengakui sudah membuat permohonan rumah ke LZS sejak 2007 namun tidak pernah mendapat sebarang respons positif.

“Rumah yang ada ni pun buat sendiri pakai papan lapis. Air pun saya guna air bukit, buat paip sendiri. Malam-malam ditemani cahaya lilin.

“Buat permohonan selepas masuk Islam masa saya baru kahwin, sampai anak saya nak masuk lima, tempat saya masih di pondok usang.

“Saya pun teringin ada rumah selesa. Tak besar pun tak apa, asalkan biarlah anak-anak saya selesa,” katanya.

Menurutnya, rumah kecil yang didiaminya ketika ini juga dibina di atas tanah milik saudaranya.

“Saya dah banyak kali mohon, isi borang di lembaga zakat tapi akhirnya mereka senyap.

“Sampaikan ada saudara saya yang mengakui tertarik dengan Islam tetapi tak berani peluk Islam sebab khuatir nasib mereka sama saja tidak berubah lepas peluk Islam.

“Kita tak naklah sampai macam tu sebab hidayah dah ada tapi takut nasib tak berubah lepas peluk agama Islam,” ujarnya.

Dia berharap, dengan sedikit pendedahan yang dibuat dapatlah membuka mata pihak bertanggungjawab terutama sekali badan agama Islam yang menguruskan golongan mualaf di negeri ini.

Sementara itu, pihak LZS akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat.


Kemaskini pada 2015-12-04 09:04:22 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page