DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Adun Minta Penduduk Bersabar

Adun minta penduduk bersabar
Kee Hiong turun padang melawat penduduk Kampung Asam Kumbang dan meninjau keadaan sungai yang akan dinaik taraf.

KUALA KUBU BHARU - Kerajaan negeri telah meluluskan dana RM3 juta bagi projek naik taraf sungai di Kampung Asam Kumbang yang kerap dilanda banjir kilat.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, peruntukan dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk naik taraf sungai sedia ada di Asam Kumbang.

Jelasnya, kerja naik taraf tersebut akan diperbuat daripada konkrit dan reka bentuk berbentuk 'U' akan dibina.

"Bagaimanapun, proses naik taraf berkenaan terpaksa berdepan sedikit masalah kerana tidak jauh dari sungai itu, ada kilang kasut yang menggunakan tanah persendirian kira-kira 100 meter dari kawasan yang akan dijalankan projek naik taraf.

“Namun, masalah itu boleh diatasi. Perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu dengan tuan tanah sebelum memulakan projek,” katanya.

Beliau memberitahu, projek tersebut akan bermula awal tahun 2016 dan ketika ini masih dalam proses menyiapkan perkara yang perlu sebelum projek itu dilaksanakan.

"Usaha menangani masalah banjir akan segera dilakukan dan tak mahu penduduk risau dengan keadaan kini yang sudah pun bermula musim hujan. Sehubungan itu, diharapkan penduduk dapat bersabar sehingga projek itu selesai,” katanya.

Tambahnya, dengan projek tersebut, masalah banjir kilat dapat diatasi apabila sungai sudah dilebarkan sekali gus mampu elak limpahan air akibat hujan dalam masa sama memberi keselesaan kepada penduduk di Kuala Kubu Bharu.

Sumber :SInar Harian


Kemaskini pada 2015-11-30 08:48:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page