DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Elak kejadian banjir kilat berulang

Elak kejadian banjir kilat berulang
Keadaan sistem saliran di sekitar Plaza Tol Bukit Beruntung yang menyebabkan kerap berlaku banjir kilat di kawasan itu.

BUKIT BERUNTUNG - Sistem pengairan di sekitar Tol Bukit Beruntung bakal dinaik taraf bagi mengelakkan masalah banjir kilat yang kerap berlaku ketika musim hujan.

Ahli Majlis, June Leow berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah pun bersetuju untuk menaik taraf sistem pengairan di sekitar plaza tol tersebut.

“JKR akan membina paip besar di bawah jalan supaya air yang bertakung di jalan raya, longkang dan kolam di tepi jalan boleh disalurkan ke monsun drain yang sedang dalam proses pembinaan dengan kelebaran 20 kaki di Bukit Beruntung.

“Kita yakin jika projek naik taraf ini siap, ia boleh menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku bila hujan lebat,” katanya.

Menurutnya, JKR kini hanya dalam proses untuk mendapatkan peruntukan atau dana bagi memulakan projek ini secepat mungkin.

“Buat masa ini, JKR sudah mengorek longkang yang dipenuhi dengan lumpur untuk mengelakkan sistem saliran tersumbat dan berlaku banjir kilat lagi.

“Kejadian banjir kilat kita syaki berpunca juga dari kebun sayur yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan tol.

“Kita mahu pejabat tanah daerah siasat status tanah tersebut kerana dikhuatiri tidak mempunyai lesen kerana sistem saliran mereka tidak betul dan menyebabkan lumpur dari kebun mengalir ke arah jalan raya ketika hujan lebat.

“Ini kerana, selepas tanah itu diteroka untuk dibuat kebun sayur, jalan sekitar tol memang sering banjir,” katanya.

Beliau berkata, adalah sangat wajar pejabat tanah membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan sepatutnya jika status tanah kebun itu tidak mempunyai lesen atau kebun dibuka di atas tanah milik kerajaan.

Dalam pada itu, penduduk, Adam Hussain berkata, walaupun kawasan itu agak jauh dari kawasan perumahan tetapi sebagai pengguna jalan raya, dia tetap tertekan dengan kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di sekitar plaza tol berkenaan.

“Kita ni hari-hari lalu dan guna jalan tu. Bila berlaku banjir kilat, yang susahnya kami penduduk sebab jalan inilah jalan utama untuk ke pekan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Malahan, ada juga penduduk Sungai Buaya yang lalu tol ini untuk ke Sungai Buaya.

"Kita sedia maklum bila menjelang hujung tahun sahaja musim hujan pun tiba. Jadi kami ini terpaksalah bersedia juga untuk meredah banjir di kawasan yang sama setiap kali hujan lebat,” katanya.



Kemaskini pada 2015-11-18 09:46:44 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page