DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Penduduk Mohon Bina Laluan Khas Basikal

Penduduk mohon bina laluan khas basikal

Keadaan jalan yang sepatutnya dibina laluan basikal untuk murid ke sekolah dan dalam masa yang sama menjamin
keselamatan murid untuk pergi dan balik dari sekolah.

KALUMPANG - Penduduk Kalumpang memberi cadangan supaya dibina laluan khas untuk pelajar sekolah berbasikal bagi memastikan keselamatan terjamin.

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Yusuf Yaacob berkata, pihaknya sudah pun membawa usul itu ke peringkat Jabatan Kerja Raya dan ia sudah diluluskan.

“Laluan yang sedia ada sekarang ini cukup bahaya jika murid sekolah mahu guna.

“Ini kerana mereka hanya menggunakan laluan jalan yang sama macam kenderaan lain dan ini boleh membahayakan pengguna lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bagi memastikan keselamatan murid, laluan khas untuk basikal harus dibina dan kawasan untuk membina laluan ini pun sudah dikenal pasti.

“Kita hanya menunggu kerja-kerja dari JKR saja sekarang ini. Kita tidak mahu lagi nyawa anak-anak kita jadi taruhan apabila menunggang basikal menggunakan jalan raya yang sama seperti pengguna lain.

“Sesetengah pemandu juga tidak mematuhi had laju yang ditetapkan walaupun mereka tahu kawasan itu merupakan kawasan sekolah.

“Jalan raya di kawasan ini juga agak sibuk terutama sekali di waktu puncak dan tidak relevan rasanya jika murid sekolah berbasikal di jalan besar,” katanya.

Beliau berharap, laluan basikal ini dapat dibina dalam kadar segera bagi memastikan keselamatan murid sekolah terjamin.


Kemaskini pada 2015-10-22 08:56:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page