DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Empat Beradik Yatim Piatu Tercicir Pelajaran

Empat beradik yatim piatu tercicir
Keadaan adik-beradik yatim piatu ketika ditemui Sinar Harian, semalam.


KALUMPANG - Menjejakkan kaki ke rumah sewa empat beradik yatim piatu di Taman Tempua cukup menyentuh hati sesiapa saja yang melihat kerana dengan usia antara 9 hingga 16 tahun, anak yatim ini sudah bekerja sendiri bagi menyara kehidupan. 

“Kedua-dua ibu bapa kami sudah meninggal dunia. Terbaru, mak pula tinggalkan kami bulan lepas sebab kencing manis, darah tinggi dan lumpuh. 

“Kami hilang tempat bergantung dan harap belas ihsan jiran beri bantuan mana yang termampu,” kata Intan Nor Aishah Zayardin, 16, memulakan bicara. 

Menurutnya, adiknya yang lain juga terpaksa berhenti sekolah kerana bapa mereka sudah meninggal dunia sejak 2010 dan dia memikul tanggungjawab sebagai anak sulung bekerja sendiri menampung kehidupan mereka. 

“Masa mak saya ada, saya yang kerja kedai makan. Yang lain jaga mak sakit. 

“Mungkin jodoh saya awal, saya kemudian berkahwin dengan suami, Mohamad Anaqi Naufal Abu Manaf, 19, yang sama-sama kerja dengan saya Julai lalu. 

“Kini saya tidak bekerja lagi dan duduk rumah jaga adik yang lain. Hanya suami yang bekerja sebagai juruteknik elektrik. Berbekalkan gaji RM800 sebulan itu jugalah dia guna untuk bayar sewa rumah ni RM350 sebulan dan untuk makan pakai kami adik beradik,” katanya. 

Menurutnya, adik lelaki pun terpaksa cari duit sendiri untuk tambah wang keluarga dengan ambil upah cuci pinggan di pekan Kalumpang. 

Adik-adiknya yang lain, Mohd Syaqir, 14, Mohd Hasbullah, 13, dan Azimatul Alia sudah banyak ketinggalan dalam pelajaran akibat kesempitan hidup. 

Suaminya, Naufal berkata, dia memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga anak yatim piatu itu. 

“Saya tahu ada agensi yang boleh kita minta bantuan, tetapi tak tahu macam mana nak minta dan saya berterima kasih pada Lembaga Zakat Selangor (LZS)  yang ada jenguk dan beri bantuan pada kami semalam (kelmarin),” katanya. 

Dalam pada itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan Warga Ceria Kuala Lumpur dan Selangor turut memberi bantuan berupa barangan keperluan harian kepada keluarga itu. 

Ketua Penerangannya, Che Azizah Usop berkata, pihaknya sudah pun berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor dalam membantu membuat permohonan kepada keluarga itu. 

“Saya harap dalam bulan depan JKM dan pusat zakat dapat meluluskan bantuan bulanan kepada keluarga ini.

“Adun Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar pun sudah tahu mengenai perkara ini dan sedia membantu mana yang perlu dan sudah pun dahulukan duit sewa rumah untuk adik-beradik ini,” katanya. 

Orang ramai yang mahu membuat sumbangan boleh menyalurkan derma ke akaun atas nama Mohamad Anaqi Naufal Abu Manaf menerusi akaun CIMB 7016407056.


Sumber sinar harian.


Kemaskini pada 2015-10-08 08:25:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page