DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Remaja Maut,Kenderaan Terbakar

Remaja maut, kenderaan terbakar
Mangsa yang maut dalam kemalangan kelmarin.

SUNGAI CHOH - Seorang penunggang motosikal, Ahmad Tarmizi Zakaria, 19, maut selepas motosikalnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, di Jalan Sungai Choh menghala Bukit Beruntung pada kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan R. Supramaniam mengesahkan, motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal hingga memasuki laluan bertentangan dan merempuh pacuan empat roda berkenaan.

“Ketika kejadian, hujan turun dan kita percaya mangsa gagal mengawal kenderaan akibat permukaan jalan licin.

“Mangsa yang berasal dari Sepang itu maut di tempat kejadian.

“Motosikal tersebut turut dibonceng Muhammad Syahmi Muhammad Zaini, 19, yang mengalami kecederaan akibat rempuhan.

“Selepas motosikal itu merempuh pacuan empat roda berkenaan, kedua-dua kenderaan itu terbakar di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Supramaniam lagi, pemandu pacuan empat roda, Mohd Fairuz Abdul Hamid, 28 turut membawa isteri dan tiga anaknya yang lain dan mereka dalam perjalanan dari arah Serendah menghala ke kediaman mereka di Taman Widuri, Bukit Beruntung.

“Pemandu dan kesemua penumpang dalam pacuan empat roda itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri walaupun kenderaan mereka musnah terbakar di tempat kejadian.

“Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dari kemalangan itu,” katanya.

Tambahnya, Muhammad Syahmi yang mengalami kecederaan kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kemaskini pada 2015-08-28 15:39:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page