DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Bawa Bekas Sendiri Ke Rumah Terbuka

Bawa bekas sendiri ke rumah terbuka
Zain (dua, kiri) bersama sebahagian pengunjung yang membawa bekas makanan sendiri ke Majlis Rumah Terbuka MDHS, semalam.

KUALA KUBU BHARU - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) komited mendidik orang ramai dalam kempen kitar semula dengan menggalakkan jemputan ke Rumah Terbuka MDHS membawa bekas makanan sendiri. 

Yang Dipertua MDHS, Mohamad Zain A Hamid berkata, pihaknya mahu mendidik masyarakat dalam kempen sihat ini dan memperkenalkan pada Majlis Rumah Terbuka MDHS tahun ini. 

“Kalau selalunya kami jadi ejen untuk kutip sampah, jadi kali ini biar kami didik pula orang ramai bawa bekas makanan mereka sendiri supaya dapat kurangkan kutipan sampah MDHS. 

“Saya yakin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi masyarakat boleh terima dan tukar tabiat ini. Saya lihat sokongan yang diberi pun cukup menggalakkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau tidak menafikan masih ada suara sumbang mengatakan MDHS lokek untuk menyediakan bekas makanan polisterin kepada pengunjung yang datang. 

“Ini bukan soal duit, bukan kami tak ada duit tapi ini adalah untuk mendidik sikap masyarakat. Kalau ada suara sumbang pun kata kami kedekut, masih ramai lagi yang sokong usaha kami. 

“Kami juga antara pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berani berubah dan minta orang ramai bawa bekas sendiri ke rumah terbuka. Kalau kami tak mulakan pendidikan ini, siapa lagi mahu mulakan,” katanya. 

Tambah beliau, usaha mengadakan rumah terbuka dengan meminta orang ramai membawa bekas makanan sendiri merupakan kali pertama dibuat dan diharap perkara ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 

“Dengan cara ini, majlis juga boleh mengurangkan kos kutipan sampah yang cukup tinggi jika melibatkan kuantiti sampah yang banyak. 

“Sambutan yang kita terima pun menggalakkan walaupun orang ramai membawa bekas makanan sendiri,” katanya. 

Kira-kira 1,000 orang sekitar Kuala Kubu Bharu memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang semalam.

Kemaskini pada 2015-08-17 08:02:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page