DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Nyawa Kanak-Kanak Jadi Taruhan

Nyawa kanak-kanak jadi taruhan
Ainul menunjukkan jalan kecil di taman perumahannya yang menjadi jalan utama kenderaan lain untuk keluar ke pekan Batang Kali.

BATANG KALI - Penduduk Taman Tamu Hillpark meluahkan rasa bimbang akibat jalan dalam kawasan perumahan dijadikan jalan utama penduduk kawasan lain keluar ke pekan Batang Kali.

Suri rumah, Nor Wahida Abdul Rahman, 32, berkata, jalan taman perumahan sepatutnya tidak sesak dan bukan dijadikan laluan utama orang ramai ke pekan.

“Saya hanya risaukan keselamatan anak-anak kerana kereta yang lalu lalang banyak.

“Lagi-lagi bila waktu pagi dan petang, jalan dalam taman ni jadi tambah sesak, dulu masa jalan belakang tu belum buka, tak ada pun macam ni,” katanya, semalam.

Tambahnya, kanak-kanak juga tidak berani keluar bermain di taman permainan akibat kereta yang terlalu laju.

“Kalau kita teman pun, kalau bahaya datang bukan kira kan. Jadi kalau boleh tutuplah balik jalan belakang tu, supaya kami dapat hidup aman semula,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Ainul Jaafar, 42, berkata, pihaknya sudah tiga kali menghantar surat bantahan dan surat penjelasan berhubung jalan kecil yang dibuka kepada orang ramai di belakang taman tersebut.

“Kali terakhir kita hantar surat pada tahun lepas tapi hingga kini Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) enggan respons.

“Saya tak pasti sama ada majlis atau pun pihak lain yang buka jalan itu tapi kalau boleh, kita mohon supaya ia ditutup bagi memastikan keselamatan penduduk di taman ini terjamin.

“Bukan saja isu keselamatan yang kita titik beratkan, tetapi juga isu privasi penduduk. Bayangkan kalau pagi dan petang jalan sini sibuk macam mana pula kami penduduk di sini boleh hidup seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, jalan itu mula dibuka sebagai jalan alternatif sejak 2013 dan hingga kini ia menjadi laluan utama.

“Mungkin jalan ni senang kalau nak ke pekan tapi fikirlah sikit keselamatan penduduk di sini.

“Takkan bila dah jadi sesuatu yang buruk baru nak bertindak,” tegasnya.

MDHS bagaimanapun masih belum boleh memberi sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan mengenai status jalan itu sebelum membuat kenyataan balas.

“Kita akan periksa dulu dengan jabatan berkaitan sebelum buat kenyataan rasmi,” katanya ringkas.

Kemaskini pada 2015-08-12 17:42:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page