DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

MDHS tunda kereta tersadai tepi jalan

KUALA KUBU BHARU - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menunda kereta lama dan rosak di tepi jalan bagi mengelakkan menjadi tempat pembiakan nyamuk selain tidak elok dipandang pengunjung yang datang ke Hulu Selangor.

Ahli Majlis Hulu Selangor, Poh Fei Fang berkata, pihaknya akan mengesan beberapa tempat sekitar Hulu Selangor bagi memulakan proses menunda kereta.
 
“Kita akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Hulu Selangor bagi mencari tuan punya kereta dan pihak tuan kereta sendiri yang akan menanggung semua kos termasuk kos tunda, parkir kereta dan sebagainya,” katanya.

“MDHS terpaksa melakukan perkara ini kerana sudah menerima banyak rungutan dari orang ramai dan dikhuatiri kereta usang dan rosak yang tersadai di tepi jalan akan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Selain itu, ia juga menjejaskan imej Hulu Selangor yang juga merupakan kawasan tarikan pelancong terutamanya di Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan supaya tuan punya kereta menyelesaikan sendiri hal kereta usang yang diletakkan di tepi jalan sebelum MDHS menjalankan operasi.

“Bagi yang tidak sempat untuk selesaikan, mereka boleh merujuk kepada MDHS untuk semua kos termasuk kos tunda, parkir dan denda,” katanya.

Kemaskini pada 2015-07-13 08:35:48 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page