DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Penduduk Hulu Selangor Alami Masalah Air

  • ganguan airGambar hiasan. - Sumber Internet
< 1 / 1 >

SHAH ALAM - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ingin memaklumkan sebanyak 65,445 pintu rumah di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berikutan masalah teknikal pada saluran utama bagi penyaluran bekalan air terawat daripada loji rawatan air (LRA) Rasa.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Priscilla Alfred berkata, daripada masalah teknikal tersebut, sebanyak 46 kawasan telah terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

”Bagaimanapun, masalah teknikal telah diselesaikan pada jam 9 pagi tadi dan bekalan air mula dibuka untuk proses pemulihan bekalan.

”Kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air akan pulih secara berperingkat mulai jam 11 pagi. Bagaimanapun, para pengguna yang tinggal kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan mendapat bekalan air agak lewat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Syabas menganggarkan gangguan bekalan air ini akan pulih sepenuhnya pada jam 4.00 petang esok.

“Para pengguna boleh mengakses terus semua maklumat terperinci berhubung gangguan bekalan air dan status pemulihan bekalan air di kawasan masing-masing  dengan mudah, pantas dan tepat melalui aplikasi telefon mudah alih mySYABAS yang boleh dimuat turun menerusi Google Playstore / Appstore).

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang sama daripada laman web Syabas di www.syabas.com.my,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak Syabas juga akan terus memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui media massa.

Dalam pada itu, Syabas telah menggerakkan lori-lori tangki untuk penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan yang terlibat bagi mengurangkan kesan kepada aktiviti harian pengguna.

Namun, bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki amat terhad dan keutamaan akan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dailisis dan klinik-klinik kesihatan disamping keperluan meruncing seperti majlis kenduri dan kematian.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh gangguan ini para pengguna diminta berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air yang diterima daripada bekalan air kecemasan ini.


Kemaskini pada 2015-06-04 09:28:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page