DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Wilayah Hulu Selangor, Klang alami gangguan air

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Selangor dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 2 Jun ini, berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan terbabit, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
 
Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Priscilla Alfred berkata kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di jajaran paip air bersaiz 1200mm dengan pemasangan 'air valve' dan kerja pemasangan set Injap Pengurang Tekanan (PRV) di jajaran paip air bersaiz 525mm di Jalan Zurah, bermula 9 malam itu akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Selangor sehingga 11 pagi keesokan harinya (3 Jun).
 
Kawasan terlibat ialah seluruh Rasa; Bandar Baru Batang Kali; Tamu Hill Park; Taman Semarak Batang Kali; Kawasan Perindustrian Miel; Taman Desa Alam Ria; Taman Bukit Rawang Jaya; Taman Bukit Rawang Putra; Taman Mutiara; Bandar Baru Rawang; Kampung Rajah/Pekan dan Kampung Kenanga Rawang.
 
Selain itu, Kampung Sungai Terentang/Kampung Baru; New Green Park/Taman Sri Hijau; Jalan Pahang/Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (KKB); Taman Arif/ Teratai KKB; KKB Utama; Kampung Dagang Setia/Kampung Kelapa KKB; Taman Ampang Pecah KKB; Taman Ampang Indah KKB; Taman Millenium KKB; Taman Damai KKB dan Bukit Bujang KKB.
 
Taman Tanjak; Taman Desa Rening Jaya; Kerling; Hulu Bernam; Taman Bernam Jaya; Taman Keliang Kalumpang; Lembah Beringin; Taman Bahtera Hulu Bernam; Kampung Pinang Hulu Bernam dan Serendah/Antara Gapi/Sungai Choh.
 
Sementara kerja pemasangan injap sesekat bersaiz 1200mm dan 900mm untuk jajaran paip utama di persimpangan ke Kolam Air Pancar Rasmi, Wilayah Hulu Selangor oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) juga bermula dan berakhir pada masa serta tarikh yang sama, katanya.
 
"Kawasan terlibat ialah seluruh Bukit Beruntung; Bukit Sentosa; Sungai Buaya; Bukit Teratai (estet); Bandar Country Home; Taman Desa Mas; Saujana Rawang; Taman Teknologi; Taman Velox; Batu Arang; Kota Puteri; Sungai Bakau;  Emerald; Taman Garing dan Rawang Intergrated/Sungai Dua/Taman Pelangi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Priscilla berkata bagi Wilayah Klang, kerja-kerja penukaran injap kekupu bersaiz 450mm di Jalan Pinang Off Persiaran Raja Muda Musa bermula 2 Jun dari 9 malam akan menyebabkan gangguan bekalan air di Taman Palm Grove; Taman Gembira; Teluk Gedung Besar; Teluk Gedung Kecil; Kampung Raja Uda dan Persiaran Raja Muda Musa sehingga 9 pagi keesokan harinya (3 Jun).
 
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna di kawasan terlibat supaya membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu. 
 
"Pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini disaran memuat turun aplikasi sistem mySyabas (melalui Google Playstore dan Appstore).
 
"Pengguna juga boleh melayari laman sesawang Syabas iaitu www.syabas.com.my atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'," katanya.  - Bernama

Kemaskini pada 2015-05-28 09:23:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page