DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Kaji Semula Saiz Tembok

  • Kaji semula saiz tembokKeadaan tembok jalan yang besar juga sering mengundang masalah kesesakan.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) diharap dapat mengkaji semula pembinaan tembok jalan yang dilaksanakan pemaju berhampiran projek pembangunan baru di Jalan Melati, di sini.

Ahli Majlis MDHS, June Leow memaklumkan, tindakan pemaju yang membina tembok dengan keluasan yang agak besar serta melebihi bentuk jalan sedia ada mengundang pelbagai masalah buat pengguna lalu lintas.

Pembinaan tembok berkenaan menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas khususnya pada waktu tengah hari memandangkan kebanyakkan pekerja kilang berhampiran kawasan ini keluar pada waktu itu.

“Tembok ini dibina agak besar dan melebihi bentuk jalan sedia ada malah ia turut mendapat rungutan daripada masyarakat setempat,” katanya.

Menurutnya, selain menyebabkan kesesakan, pembinaan tembok berkenaan yang melebihi saiz ditetapkan itu juga turut mengundang risiko bahaya kepada pengguna lalu lintas khususnya pada waktu malam dan hujan.

Sehingga kini menurutnya, terdapat empat kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan pembinaan tembok berkenaan.

Beliau berharap, Pegawai MDHS dapat menjalankan lawatan ke lokasi terlibat memandangkan permasalahan itu pernah dibawa dalam mesyuarat bersama MDHS namun masih tidak mendapat sebarang tindakan susulan sehingga kini.


Kemaskini pada 2015-05-18 08:58:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page